Khairy Adakan Pertemuan Dengan Exco FAM, Khamis Ini

Diterbitkan: Selasa, 2 Ogos 2016 3:01 PM

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan mengadakan pertemuan dengan exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pada Khamis ini bagi membincangkan formula untuk menyelesaikan isu prestasi bola sepak negara.

Beliau berkata pertemuan itu nanti tidak akan melibatkan pemilik pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) kerana baginda tidak mempunyai kedudukan dalam exco.

"Saya akan maklumkan kepada mereka apakah cadangan yang telah dipersetujuai bersama antara Presiden FAM (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah) dan saya.

"Saya hanya sebagai pemudah cara, kalau dipersetujui oleh exco, saya harap dapat diumumkan nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan peserta program latihan amali Pengajian Islam di sini Selasa.

Khairy yang akan berlepas ke Rio de Janeiro, Brazil pada 11 Ogos ini berkata beliau berharap kata sepakat dapat dicapai dan isu ini dapat ditangani sebelum beliau berlepas menyertai kontinjen negara.

Pada Selasa lepas, Khairy telah mengadakan pertemuan dengan Tengku Abdullah yang berlangsung lebih sejam bagi mencari kaedah penyelesaian permasalahan yang melanda badan induk bola sepak negara itu.

Pertemuan itu merupakan susulan isu persaraan empat pemain Johor Darul Takzim (JDT) daripada skuad kebangsaan dan dakwaan Tunku Ismail yang mendakwa mempunyai bukti salah laku di dalam badan induk berkenaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , FAM , TMJ , JDT

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan