Zlatan Ibrahimovic Pindah Hotel Gara-Gara Kolam Renang

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 7:17 AM

Zlatan Ibrahimovic ketika meninggalkan Hotel Lowry. -fotoCHRISNEILL/MAVERICKphotography

(Ubah saiz teks)

ZLATAN Ibrahimovic mengambil keputusan untuk keluar dari hotel yang menjadi kegemaran kelab Manchester United hanya kerana  ia tidak mempunyai kolam renang.

Penyerang dari Sweden itu telah membawa keluar keluarganya dari Hotel Lowry, sebuah hotel lima bintang yang digunakan pasukan United sejak sekian lama setiap kali menjelangnya perlawanan di tempat sendiri. Dia kemudian mendaftar masuk di hotel Radisson Blu yang sering menjadi pilihan Manchester City.


Ibrahimovic membuat keputusan itu kerana tidak seperti Lowry, Radisson mempunyai kolam renang.

Ibrahimovic yang dibeli United untuk musim panas, bersama anak dan isterinya Helena kini tinggal di Radisson sementara mendapatkan tempat tinggal yang sesuai di Manchester.

Pemain berusia 34 tahun itu, yang beralih dari Paris Saint-Germain, membuat permulaan yang sangat menarik dalam kerjaya bersama United dengan menjaringkan gol pertamanya, empat minit selepas kali pertama bermain untuk kelab itu menentang Galatasaray di Gothenburg malam Sabtu.

Dengan kesediaan United untuk melengkapkan rekod dunia perpindahan £100 juta dengan menandatangani perjanjian untuk Paul Pogba dari Juventus minggu ini, Ibrahimovic percaya 'sesuatu yang besar' akan berlaku di Old Trafford.

Dia berkata kepada stesen televisyen Sweden Kanal 5: "Sesuatu  yang besar akan berlaku, ia kelihatan sangat menarik. Mari kita lihat jika Pogba juga menyertai kami, maka ia akan menjadi lebih menarik."

Jika perpindahan ini sah, Pogba akan menjadi pembelian musim panas keempat United selepas ketibaan Ibrahimovic, Eric Bailly dan Henrikh Mkhitaryan.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan