Paul Pogba Dilapor Bersedia Terbang Ke England

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 3:15 PM

Paul Pogba

(Ubah saiz teks)

PAUL Pogba dilaporkan menghabiskan hari-hari terakhir percutiannya dengan berpesta musim panas di Las Vegas sebelum bersiap sedia ke England bagi melengkapkan rekod perpindahan tertinggi dunia dari Juventus ke Manchester United.

Menghabiskan masanya di Miami dan Los Angeles pada musim panas ini, Pobga, pada Sabtu menghabiskan masa dengan berparti di kolam renang terkenal, Wet Republic di MGM Grand bersama ribuan pengunjung lain.

Pogba turut disertai rakannya dari Perancis dan Juventus Patrice Evra, manakala ejennya, Mino Raiola, menjalankan urusan pemindahannya yang bernilai £100 juta.

Kedua-dua mereka ditemani rakan-rakan lain di kabana mewah dengan kolam renang peribadi di mana kosnya adalah $10,000 sehari.

Pogba menghabiskan hari-hari terakhir percutian musim panasnya. -fotoSKYSPORTS

Pogba tidak memberikan banyak maklumat berhubung pemindahannya ke Old Trafford, di mana sumber yang rapat dengan perjanjian itu memberitahu Sky Sports News HQ (SSNHQ) bahawa ia hampir siap dan dijangka dimuktamadkan sebelum musim Liga Perdana Inggeris bermula.

Pogba telah bercakap dengan wartawan SSNHQ, Andy Burton di parti itu dan ketika ditanya mengenai perjanjian itu, dia hanya berkata 'kita akan lihat nanti'.

Walau bagaimanapun, sumber-sumber di Old Trafford memberitahu SSNHQ pada malam Ahad bahawa perjanjian itu kini pada dasarnya hampir dipersetujui kedua-dua kelab, dengan terma peribadi juga hampir disahkan antara pemain dan Manchester United.

Namun perincian kedua-dua aspek pemindahan, termasuk pembayaran fi Raiola masih belum diselesaikan, dengan rundingan akan berterusan minggu ini.

Pogba dijangka kembali ke Miami selepas berhujung minggu di Sin City, namun masih belum dapat dipastikan sama ada dia kemudian bergerak ke Turin atau terbang terus ke Manchester dari Amerika Syarikat.

Tags / Kata Kunci: Paul Pogba , pesta musim panas

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan