Mourinho Intai Pemain Turki Oguzhan Ozyakup

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 7:36 AM

Oguzhan Ozyakup

(Ubah saiz teks)

PEMAIN antarabangsa Turki Oguzhan Ozyakup dilaporkan menjadi seorang lagi pemain yang dikehendaki oleh Pengurus Manchester United, Jose Mourinho.

Menurut laman web bahasa Sepanyol Deporte Valenciano, United berminat untuk menandatangani bekas pemain tengah Arsenal berusia 23 tahun itu dari Besiktas.

Laporan itu turut mendakwa The Gunners juga berminat dengannya, manakala Valencia menyenaraikan namanya sebagai pengganti Andre Gomes, yang telah melengkapkan perpindahan ke Barcelona.

Presiden Besiktas Fikret Orman sebelum ini pernah bercakap mengenai perpindahan Ozyakup ke Old Trafford.

Dia berkata: "Apabila Ozyakup meninggalkan Besiktas, tempat yang dituju adalah Manchester United, Barcelona atau Real Madrid. Sebuah kelab yang berkaliber."

Mourinho dilaporkan telah bertanya tentang Ozyakup kepada bekas jurulatih Besiktas, Slaven Bilic dalam pertimbangan membuat tawaran untuk pemain tengah itu, lapor TV Lig.

Bilic, yang kini menjadi pengurus West Ham pernah membimbing bekas pemain remaja Arsenal ini di Turki dan dilaporkan bercakap positif mengenai perkembangan bekas anak didiknya itu.

Ozyakup menyertai akademi Arsenal pada tahun 2008.

Dia membuat penampilan bersama The Gunners pada tahun 2011 dalam aksi Piala Liga tetapi gagal untuk membuat penampilan tunggal dalam Liga Perdana Inggeris.

Ozyakup, 23, meninggalkan utara London ke Bestikas pada tahun 2012 hanya dengan nilai £350,000 dan telah bermain dalam Super Lig Turki dengan menjaringkan sembilan gol dalam membantu Besiktas merebut gelaran juara musim lalu.
Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Oguzhan Ozyakup

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan