Messi Lebih Baik Daripada Maradona Dan Pele - Pope Francis

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 8:08 AM

Lionel Messi

(Ubah saiz teks)

KETUA Gereja Katolik, yang juga penyokong kelab Argentina, San Lorenzo, percaya bahawa bintang Barcelona, Lionel Messi adalah pemain terbaik dalam sejarah permainan bola sepak.


Messi, pemenang anugerah Ballon d'Or sebanyak lima kali dipilih sebagai pemain bola sepak terbaik oleh Pope Francis!

Menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Barcelona dan Argentina, Messi, sentiasa dibandingkan dengan bintang hebat lain masa lalu seperti Pele dan Diego Maradona, di samping pesaingnya masa kini Cristiano Ronaldo.

Tetapi Pope Francis yang dikenali sebagai penyokong kuat San Lorenzo tetap memberikan sokongan kepada pemain senegaranya, Messi.

"Bagi saya, Lionel Messi lebih baik daripada Maradona dan Pele," Pope Francis dipetik sebagai berkata kepada peserta yang mengambil bahagian dalam acara Hari Belia Dunia.

Messi mengharungi masa yang sukar dalam Copa America Centenario dan mengejutkan dunia dengan pengumuman persaraannya daripada pasukan kebangsaan selepas Argentina tewas kepada Chile menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir.

Pemain berusia 29 tahun itu, bagaimanapun kembali ke padang apabila Barcelona mula membuat persediaan La Liga dengan kemenangan 3-1 ke atas Celtic dalam persahabatan antarabangsa pada Sabtu.
Tags / Kata Kunci: Pope Francis , Lionel Messi , Pele , Diego Maradona

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan