Empat Penyerang Bahaya Man United

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2016 11:18 AM

(Ubah saiz teks)

ANDER Herrera yakin Manchester United telah berjaya mewujudkan semula barisan empat penyerang terbaik seperti era Alex Ferguson.

Ferguson sebelum ini berjaya mewujudkan kelompok empat penyerang berbisa United dengan membariskan Andy Cole, Dwight Yorke, Teddy Sherringham dan Ole Gunnar Solskjaer.

Hasilnya Manchester United berjaya menggondol gelaran juara treble pada 1999.

Barisan empat penyerang terbaik United yang dimaksudkan Herrera ialah Zlatan Ibrahimovic, Wayne Rooney, Marcus Rashford dan Anthony Martial.

Lebih meyakinkan apabila kelompok di bawah era Jose Mourinho itu dipimpin oleh penyerang berpengalaman dan terbaik iaitu Ibrahimovic.

"Harap kami dapat menjaringkan lebih banyak gol pada musim depan kerana itu yang kami inginkan.

"Saya yakin barisan serangan yang ada adalah kombinasi terbaik dengan kualiti yang berbeza.

"Ibrahimovic lebih kepada target man manakala Rashford boleh mencari ruang lain kerana dia pantas dan licik. Oleh itu ia merupakan pilihan terbaik untuk jurulatih," jelas pemain kelahiran Sepanyol itu

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan