Zlatan Ibrahimovic Tunjuk 'Taring' Dalam Aksi Pertama Bersama Man United

Diterbitkan: Ahad, 31 Julai 2016 7:57 AM

Zlatan Ibrahimovic meraikan gol pertamanya bersama Manchester United bersama rakan-rakan sepasukan. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

ZLATAN Ibrahimovic percaya 'sesuatu yang besar' sedang menghampiri Manchester United selepas menunjukkan 'taring' dengan melakukan 'bicycle kick' (tendangan basikal) pada penampilan pertamanya bersama Red Devils.

Ibrahimovic, 34, mengambil hantaran silang daripada Antonio Valencia dalam kejayaan United menewaskan Galatasaray 5-2 pada aksi persahabatan antarabangsa, awal pagi Ahad.

Kelab Turki itu bagaimanapun bangkit untuk mendahului 2-1 hasil jaringan Sinan Gumus dan Bruma.

Tetapi United tidak memberi peluang apabila bangkit mengubah keputusan melalui Wayne Rooney  yang menjaringkan dua gol, manakala Marouane Fellaini dan Juan Mata masing-masing satu gol.

Ibrahimovic, penyerang dari Sweden ini percaya masa depan Red Devils adalah cerah lebih-lebih lagi apabila terdapat khabar yang mengaitkan kelab itu dengan perpindahan £100 juta untuk pemain tengah Juventus, Paul Pogba.

"Sesuatu yang besar bakal menghampiri kita, tahun ini akan menjadi sangat menarik.

"Katakanlah jika Pogba juga datang, ia akan menjadi sangat menarik," katanya.

Dia menambah: "Saya akan membantu pasukan sebanyak yang mungkin, melakukannya dengan segala kemahiran yang saya ada, mencipta peluang dan menjaringkan gol."

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan