Antonio Conte Jujur Terhadap Situasi Diego Costa

Diterbitkan: Ahad, 31 Julai 2016 9:45 AM

(Ubah saiz teks)

JURULATIH Chelsea memberi kenyataan jujur mengenai kedudukan pemain bersama kelab itu apabila tidak memberi pengesahan tentang masa depan Diego Costa.

Costa dilapor tidak gembira bersama Chelsea yang sedang mengharungi perlawanan pramusim, apabila turut mengalami kecederaan sehingga khidmatnya tidak digunakan Conte.

Malah pemain itu juga didakwa akan kembali ke pangkuan bekas kelabnya, Atletico Madrid dengan yuran perpindahan sebanyak £40 juta.

"Saya boleh katakan hari ini bahawa Costa adalah pemain Chelsea.

"Dia tidak bermain pada pelawanan ini (Chelsea menentang Real Madrid) kerana kecederaan.

"Jika dia pulih kita akan lihatnya pada perlawanan selepas ini menentang AC Milan.

"Saya bercakap untuk hari ini kerana dia masih pemain Chelsea. Jika esok kamu bertanyakan kepada saya bahawa Costa akan kekal itu saya tidak tahu," jelasnya.

Conte dikatakan ingin membawa bekas pemain Chelsea, Romelu Lukaku ke Stamford Bridge, namun Everton menuntut sebanyak £75 juta. - Daily Mirror

Tags / Kata Kunci: Chelsea

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan