Pogba Milik Mourinho, Rekod Perpindahan Tertinggi Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2016 7:46 PM

(Ubah saiz teks)

PAUL Pogba sekali lagi menjadi milik Manchester United selepas mencatat nilai perpindahan rekod dunia sebanyak 100 juta pound (RM535.72 juta) pada Jumaat.

Selepas beberapa minggu rundingan, United bersetuju dengan bayaran besar untuk mendapatkan bintang Juventus itu sekaligus melengkapkan musim perpindahan pemain bagi skuad Jose Mourinho.

United amat teruja dengan pemain baharunya itu dan bakal mengumumkannya secara rasmi selepas Pogba melengkapkan ujian kesihatan di Los Angeles.

Pogba bakal memakai jersi nombor 6 di Old Trafford dan menjadi pemain baharu keempat di bawah bimbingan Mourinho selepas Eric Bailly, Zlatan Ibrahimovic dan Henrick Mkhitaryan.

Pogba dilihat berada di sebuah butik kasut di Beverly Hills pada Khamis.

Pemain ini pernah meninggalkan United pada tahun 2012 tanpa sebarang tarikan, sebaliknya kini Pogba berjaya mencatat rekod perpindahan tertinggi dunia.

Proses perpindahan pemain tengah Perancis berusia 23 tahun ini diuruskan oleh ejennya, Mino Raiola bersama pegawai-pegawai kelab Juventus serta beberapa peguam di Turin pada Khamis petang.

United dan Juventus mencapai persetujuan untuk membayar yuran Raiola sebagai bonus sebanyak 20 peratus untuk rundingan keseluruhan bagi kedua-dua pihak.



Bagaimanapun difahamkan Juventus akan membayar cukai sebanyak 84.3 juta pound ketika proses pembayaran perpindahan dilakukan.

Sebelum ini, perpindahan Gareth Bale merupakan nilai tertinggi dibayar Real Madrid kepada Tottenham iaitu 86 juta pound pada tahun 2013 untuk mendapatkan pemain itu.

Dalam pada itu, Pogba telah menandatangani kontrak selama lima tahun dengan jumlah gaji 290,000 pound seminggu.

Malah bonus tambahan buat Pogba sekiranya dia menyambung kontrak baharu di United dan juga jika dia berjaya memenangi anugerah Ballon d'Or.

Sebagai rekod, Pogba meninggalkan Old Trafford pada Julai 2012 selepas pengurus kelab ketika itu, Sir Alex Ferguson menolak permintaan Raiola untuk menyambung kontraknya.

Juventus ketika itu membayar hanya membayar pampasan sebanyak 800,000 pound kepada United.



Statistik permainan Pogba 2015-16:


Penampilan: 42

Gol:10

Pembantu: 12

Tempoh beraksi (minit): 3621


Senarai 10 rekod perpindahan tertinggi dunia:

1. Paul Pogba - Juventus ke Man United 100 juta pound

2. Gareth Bale - Tottenham ke Real Madrid 86 juta pound

3. Cristiano Ronaldo - Man United ke Real Madrid 80 juta pound

4. Gonzalo Higuain - Napoli ke Juventus 76 juta pound

5.Neymar - Santos ke Barcelona 72 juta pound

6. Luis Suarez - Liverpool ke Barcelona 63juta pound

7. James Rodriguez - Monaco ke Real Madrid 60 juta pound

8.Angel di Maria - Real Madrid ke Man United 60 juta pound

9.Kaka - Milan ke Real Madrid 56 juta pound

10. Kevin De Bruyne - Wolfsburg ke Man City 55 juta pound 

Tags / Kata Kunci: Paul Pogba , Juventus , Manchester United

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan