Mourinho 'Usir' Schweinsteiger Bersama Lapan Pemain

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2016 7:24 AM

Bastian Schweinsteiger. Foto dailystar.co.uk

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Bastian Schweinsteiger menjadi 'mangsa' Jose Mourinho yang berprofil tinggi pada musim panas ini selepas pengurus Manchester United itu pada Khamis memberitahu sembilan pemain boleh meninggalkan kelab tersebut.

Menurut Mourinho, 'pengusiran' itu boleh dilakukan sama ada secara tetap atau pinjaman.

Kesemua sembilan pemain dimaklumkan sendiri Mourinho berhubung keputusan berkenaan.

Selain Schweinsteiger, lapan lagi pemain yang 'disingkirkan' itu ialah Cameron Borthwick-Jackson, Tim Fosu-Mensah, Will Keane, James Wilson, Tyler Blackett and Paddy McNair Andreas Pereira dan Adnan Januzaj.

Kemungkinan tidak seorang pun antara sembilan pemain yang disebut itu tidak akan terlibat dalam perlawanan persahabatan antara Manchester United dan kelab Turki, Galatasaray di Gothenburg, Sweden pada Sabtu ini. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Bastian Schweinsteiger

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan