Langgar Peraturan, Sakho Dihantar Pulang Ke England

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2016 10:45 AM

Mamadou Sakho.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp mengesahkan Mamadou Sakho dihantar pulang ke England semasa jelajah pra musim kelab itu ke Amerika Syarikat (AS) kerana melanggar peraturan The Reds.

Klopp menjelaskan Sakho terlambat untuk penerbangan ke Amerika dan terlepas beberapa sesi latihan.

Malah dia juga lambat untuk menikmati makanannya.

Susulan itu masa depannya di Anfield kini menjadi teka-teki.

"Saya fikir mungkin masuk akal bagi dia terbang pulang ke Liverpool dan selepas lapan atau 10 hari ketika kami pulang kami akan berbincang mengenai perkara ini.

"Ia tidak serius. Dia hampir terlepas penerbangan, dia terlepas latihan dan lewat untuk makan. Kita ada beberapa peraturan dan kita perlu menghormatinya.

"Jika seseorang tidak menghormati atau seseorang menunjukkan perasaan dia tidak menghormatinya, maka saya saya perlu bertindak, itu sahaja," katanya.

Pemain berusia 26 tahun itu tidak beraksi dalam perlawanan persahabatan Liverpool kerana bergelut dengan kecederaan Achilles yang menghalangkannya untuk diturunkan pada kempen baharu Liga Perdana Inggeris.

Namun, dia disenaraikan dalam skuad yang berlepas ke Palo Alto di California minggu lalu dan diarahkan kembali ke Liverpool untuk meneruskan rawatan pemulihan kecederaannya.

Sakho mencetuskan kontroversi beberapa bulan lalu selepas gagal ujian doping pada April.

Namun Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menggugurkan kes tersebut selepas memutuskan produk bertujuan untuk mengurangkan lemak badan yang diambilnya tidak termasuk dalam senarai bahan terlarang.

Tags / Kata Kunci: Mamadou Sakho , Liverpool

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan