JDT Menang Tipis Ke Atas Kelantan

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2016 9:03 AM

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Pereyra Diaz mengasak pemain Kelantan, Mohd NorHafiz Zamani Misbah pada perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin pada Selasa. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) menggunakan kelebihan beraksi di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin untuk kekal sebagai pendahulu Liga Super selepas menang tipis ke atas Kelantan, 1-0, malam Selasa.

JDT yang menguasai perlawanan pada babak pertama terpaksa akur dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan sehingga gol tunggal Harimau Selatan itu dijaringkan oleh pemain import kelahiran Argentina, Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-46.

Felda United terus mengekori rapat di tempat kedua Liga Super selepas meraih tiga mata apabila menewaskan pasukan tuan rumah Selangor 2-1 di Stadium Shah Alam.

Pemain import Felda United dari Liberia, Francis Forkey Doe membuka jaringan pertama seawal minit ketiga namun pemain Red Giant, Patrick Ronaldinho juga dari Liberia menyamakan kedudukan pada minit ke-63. 

Doe menjadi hero buat pasukan Felda United selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-71.

Di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, pasukan tuan rumah membuat kejutan apabila berjaya menewaskan Kedah, 3-2 sekaligus meletakkan Pulau Pinang di kedudukan ke-10 carta liga dari tempat tercorot.

Usaha pemain import Lang Merah, Liridon Krasniqi dari Kosovo yang mengegarkan gol Harimau Kumbang pada minit ke-14 disekat dengan kemaraan pemain import dari Korea Selatan, Jeong Seok Min yang menyumbat dua gol pada minit ke-24 dan ke-36.

Masuk babak kedua, pemain import tuan rumah dari Argentina, Matias Cordoba menambah jaringan pada minit ke-47 manakala gol kedua Kedah pada minit ke-76 disumbat oleh Thiago Alcantara dari Brazil.

Perlawanan antara T-Team dan Sarawak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu yang terikat 1-1 pada separuh masa pertama berpihak kepada skuad Bujang Senang apabila berakhir dengan keputusan 2-1.

T-Team yang bersemangat menjaringkan gol pada minit ke-15 melalui pemain import dari Brazil, Patrick Dos Santos Cruz, namun terpaksa berpuas hati apabila Ndumba Makeche menyamakan kedudukan tiga minit sebelum separuh masa pertama tamat.

Gol kemenangan Sarawak diperoleh melalui pemain import dari Brazil Gilmar Da Silva Jose yang menggegarkan gawang The Titans pada minit ke-68.

Pemain T-Team, Muhammad Syuhiran Zainal dilayangkan kad merah (kad kuning kedua) pada masa tambahan selepas mengasari pemain lawan.

Di Stadium Darul Makmur, pasukan Pahang turun ke kedudukan ke-12 selepas tewas 1-2 kepada Perak, yang kini berada di kedudukan keenam Liga Super selepas 15 perlawanan.

Penjaga gol Tok Gajah, Mohd Helmi Husain dilayangkan kad merah oleh pengadil J.Suresh seawal minit ke-12 ekoran menangkap bola di luar kotak penalti dan seterusnya gawang pasukan tuan rumah itu dikawal oleh Mohd Nasril Mat Nourdin.

Pasukan Pahang yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain tanpa pemain tengah R. Kogileswaran terpaksa berpuas hati apabila sekadar berakhir dengan keputusan seri 1-1 pada separuh masa pertama.

Gol milik Perak dijaringkan oleh Xhevahir Sukaj dari Albania pada minit ke-28 dan ke-74 manakala gol tunggal Pahang dijaringkan Jailton de Campos dari Brazil pada minit ke-42. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan