Tan Cheng Hoe Mahukan Kemenangan

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2016 1:35 PM

Tan Cheng Hoe

(Ubah saiz teks)

MENANG! Itu permintaan Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe kepada barisan pemain skuad Helang Merah yang akan menentang Pulau Pinang di Stadium Bandaraya pada Selasa malam.

Walaupun Cheng Hoe mengakui ia bukan satu tugas mudah, namun pemain perlukan kemenangan bagi memastikan kedudukan di tempat keempat Liga Super tidak terjejas.

Menurutnya, sebagai persediaan berdepan pasukan jiran itu, Kedah berkemungkinan besar dapat menggunakan semula khidmat Baddrol Bakhtiar dan Thiago Augusto Fernandez.

Kedua-dua pemain tersebut terpaksa direhatkan sebelum ini akibat mengalami kecederaan.

"Jika Baddrol dan Augusto dapat beraksi, saya yakin mereka dapat meningkatkan kemampuan kita untuk mendapat tiga penuh di Stadium Bandaraya.

"Walaupun Pulau Pinang sebagai tuan rumah akan mendapat suntikan semangat penyokong mereka, namun keyakinan yang ada pada pemain Kedah juga cukup baik ketika ini.

"Apa yang penting pemain perlu berjuang bagi memastikan kita pulang dengan tiga mata penuh selain tidak lalai dan melakukan kesilapan," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe menambah, beliau akan turut melakukan rombakan dalam kesebelasan utama bagi mendapatkan barisan pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.

"Persaingan pemain bagi mendapat tempat dalam kesebelasan utama semakin rancak dan ia merupakan perkembangan yang baik untuk pasukan ini.

"Ini akan memberi peluang kepada pemain yang terbaik untuk diturunkan pada bila-bila masa yang diperlukan kerana kita juga berdepan dengan jadual padat Piala Malaysia.

"Saya yakin Shane Edward Smeltz akan meneruskan kecemerlangannya pada perlawanan ini. Tidak dapat dinafikan dia seorang pemain yang sarat dengan pengalaman sebagai seorang penyerang profesional ketika mewakili New Zealand.

Menurutnya, sebagai jurulatih beliau juga perlu memastikan barisan pertahanan dapat beraksi dengan cemerlang kerana tuan rumah memiliki barisan serangan yang mampu mencuri peluang akibat kesilapan mudah.

Jelasnya, perkara sama turut diingatkan kepada pemain di bahagian pertahanan supaya mereka dapat beraksi dengan baik sepanjang permainan itu.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Pulau Pinang

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan