Kane Bakal Timang Cahaya Mata

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2016 9:30 AM

Kane bersama kekasihnya, Goodland.

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Tottenham Hotspur Harry Kane dan kekasihnya, Kate Goodland mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata.

Kane, 22, mendedahkan berita gembira itu menerusi laman Twitternya.

Menurut pemain kebangsaan England itu, dia akan bergelar bapa pada Januari tahun depan.

"Amat gembira, saya dan @Kate Goodlandx akan menimang cahaya mata pertama kami!Tidak sabar menunggu kelahiran ini!".

Kane menjaringkan 25 gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim lalu tetapi gagal menyerlah pada Euro 2016 selepas England tewas kepada Iceland dalam kelompok 16 pasukan terakhir.

Beliau merupakan pemain England kedua yang berkongsi berita gembira itu dengan penyokong.

Terdahulu, penyerang Leicester, Jamie Vardy mengumumkan akan menimang anak kedua bersama isterinya, Rebekah.

Kedua-dua pemain itu mengucapkan terima kasih kepada penyokong di atas ucapan mereka.

"Terima kasih di atas mesej yang menyenangkan hati. Jamie dan saya amat gembira. Setiap orang berhak menikmati kebahagiaan."

Tags / Kata Kunci: Harry Kane , Tottenham Hotspur

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan