Aksi United-City Di China Batal

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2016 10:27 AM

Penyokong United di Beijing menunggu pemain kesayangannya mereka di luar hotel pada petang Isnin.

(Ubah saiz teks)

PERTEMBUNGAN pra musim yang dinanti-nanti antara Manchester United dan Manchester City pada siri jelajah di China terpaksa dibatalkan berikutan cuaca buruk dan keadaan padang yang membahayakan pemain.

Ia merupakan pertemuan pertama antara Jose Mourinho dan Pep Guardiola dalam tempoh tiga tahun selepas kedua-duanya masing-masing mengambil alih United dan City pada musim panas ini.

"Akibat cuaca buruk, penganjur kejohanan dan kelab terlibat memutuskan untuk membatalkan perlawanan Piala Juara Antarabangsa malam ini," tulis United di laman Twitter kelab itu.

Terdahulu Mourinho menegaskan kedua-dua pasukan itu tidak sepatutnya bertemu pada aksi persabahatan, sebaliknya perlu berentap di Old Trafford atau Etihad atau aksi final di Wembley.

"Saya rasa Beijing tidak bernasib baik kerana keadaan padang yang teruk. Keadaan pemain saya lebih penting berbanding keputusan jelajah pra musim. Saya hanya ada satu impian iaitu pemain pulang dalam keadaan selamat," katanya.

Kini, kedua-dua pasukan hanya mempunyai satu lagi perlawanan pra musim yang perlu diharungi.

City akan bertemu Borussia Dortmund pada aksi final Piala Juara Antarabangsa di Stadium Shanzhen pada Khamis manakala United pula terbang ke Gothenburg, Sweden untuk menentang Galatasaray pada Ahad.

Anak buah Guardiola akan berkunjung ke Sunderland pada aksi sepak mula Liga Perdana Inggeris, 13 Ogos depan.

United pula akan menentang Bournemouth pada keesokan harinya.





iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan