Pesawat Dinaiki Pemain United Mendarat Cemas Di Tianjin

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2016 7:15 AM

Memphis Depay.

(Ubah saiz teks)

PENERBANGAN Manchester United ke Beijing dari Shanghai terpaksa mendarat cemas berikutan cuaca buruk menjelang siri jelajah pra musim pasukan itu di China.

Pemain sayap United, Memphis Depay memuatnaik sebuah video di laman media sosial memberitahu bahawa pesawat itu dilencongkan ke Tianjin ketika pasukan itu berkunjung ke China untuk bertemu dengan seteru jiran, Manchester City pada Isnin.

"Kami hilang di suatu tempat.

"Kami terpaksa membuat pendaratan kecemasan. Kami cuba untuk berlepas ke Beijing tetapi cuaca buruk jadi kami terpaksa mendarat di suatu tempat.

"Kini kami sedang menunggu cuaca kembali reda. Saya harap kami akan berlepas dengan cepat untuk mempersiapkan diri menjelang pertembungan dengan Manchester City," kata Depay yang berdiri di landasan bersama dua pramugari.

Depay bersama seorang pramugari.

Perlawanan di Stadium Sarang Burung masih diragui berikutan hujan lebat di Beijing dan keadaan sama akan berlarutan sebelum sepak mula antara kedua-dua pasukan itu.

City membuat keputusan untuk berlatih di Pusat Sukan Olimpik dekat stadium tersebut pada pagi Ahad dan United turut melakukan perkara sama pada sebelah petang.

Pengurus baharu Manchester City, Pep Guardiola mengakui kebimbangan utamanya bukan kemenangan tetapi memastikan tiada pemain yang cedera, hanya tiga minggu sebelum kempen baharu Liga Perdana Inggeris membuka tirainya.

"Tiada kecederaan. Kami belum melihat padang tetapi maklumat yang kami perolehi mendapati hujan lebat berlaku sejak beberapa hari lalu, jadi keadaan padang tidak bagus.

"Kami akan menyesuaikan diri. Ia perlawanan kedua untuk persediaan kami. Paling penting pemain saya tidak berdepan sebarang kecederaan," katanya.


Tags / Kata Kunci: Manchester United , Memphis Depay

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan