Juventus Sasar Nemanja Matic

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2016 8:53 AM

(Ubah saiz teks)

NEMANJA Matic menjadi sasaran utama Juventus dalam pencarian bagi menggantikan Paul Pogba.

Pogba kini semakin hampir berhijrah ke Manchester Untied menerusi perpindahan yang akan memecah rekod dunia iaitu lebih £100 juta.

Berikutan itu, Juventus akan menggunakan dana berkenaan untuk mendapatkan penyerang Argentina, Gonzalo Higuain dari Napoli dan seorang pemain tengah.

Daily Mail melaporkan, Matic kini menjadi pilihan utama Massimilliano Allegri selain Moussa Sissoko yang merupakan pemain Newcastle.

Matic yang juga pemain kebangsaan Serbia tidak menjadi pilihan Chelsea untuk diturunkan dalam kesebelasan utama sejak akhir musim lalu.

Dia berhijrah ke Chelsea dari Benefica dengan yuran perpindahan bernilai £30 juta pada 2014, sebelum membantu kelab tersebut menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Matic dijangka akan dilepaskan oleh Antonio Conte selepas jurulatih kelahiran Itali itu mendapatkan N'Golo Kante dari Leicester.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan