Manchester City Sedia Tawar 50 Juta Pound Buat John Stones

Diterbitkan: Ahad, 24 Julai 2016 10:30 AM

Manchester City sedia tawar 50 juta pound buat pemain pertahanan Everton, John Stones.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City telah dilaporkan sedia menawarkan bayaran sebanyak 50 juta pound buat pemain Everton, John Stones.

Pemain berusia 22 tahun itu meninggalkan perlawanan persahabatan Everton di Barnsley pada Sabtu, selepas mengadu dipukul selain menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Goodison Park.

Pemain kebangsaan England yang membuat keputusan untuk bermain bagi pasukan Pep Guardiola.

Pada masa sama, Everton sedia memperbaharui terma baharu untuk John Stones terus kekal dengan pasukan itu.

Bagaimanapun pemain kebangsaan England ini tetap dengan pendiriannya untuk bersama pasukan kendalian Pep Guardiola.

Everton memerlukan pemain tengah bagi pasukannya sendiri selepas Pil Jagielka mengalami kecederaan lutut.

Everton mempertimbangkan pemain Napoli, Kalidou Koulibaly sebagai pemain berpotensi menggantikan Stones

Rundingan dibuat terhadap Kalidou Koulibaly yang bermain bagi pasukan Napoli turut dikehendaki oleh pasukan Chealsea dan Bruno Martins Indi Porto.

Napoli juga telah mula membuat perbincangan mengenai kontrak baharu buat Koulibaly. -Dailymail

Tags / Kata Kunci: Manchester City , Josh Stones

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan