Wijnaldum Sarung Jersi Liverpool

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 7:32 AM

Georginio Wijnaldum.

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL berjaya mengikat Georginio Wijnaldum dari Newcastle.

Newcastle mahu mengekalkan pemain tengah itu dalam kempen kejohanan pasukan tersebut tetapi enggan menolak bidaan 25 juta pound terhadap Wijnaldum.

Pemain Belanda itu menyertai Newcastle selepas berhijrah dari PSV Eindhoven dengan nilai perpindahan dianggarkan 14.5 juta pound.

"Pemain berusia 25 tahun itu menandatangani kontrak jangka masa panjang dengan The Reds dan akan kembali beraksi pada saingan Liga Perdana Inggeris.

"Dia akan menyertai kelab itu dalam siri jelajah di Amerika Syarikat," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web rasmi Liverpool.

Wijnaldum merupakan penjaring terbanyak Newcastle pada musim lalu dengan 11 gol, empat daripada dijaringkan ketika menundukkan Norwich 6-2.

"Saya amat seronok kerana Liverpool merupakan sebuah kelab besar dengan sejarah yang hebat. Ia sentiasa menjadi impian untuk beraksi bersama kelab besar seperti Liverpool," katanya.

Tags / Kata Kunci: Georginio Wijnaldum , Liverpool

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan