Tengku Abdullah Sedia Jumpa Khairy

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 9:16 AM

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyatakan kesediaan baginda untuk berjumpa dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi mencari penyelesaian isu yang melanda persatuan itu.

"Bila-bila masa pun boleh jumpa," titah baginda ringkas semasa ditemui selepas Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan dan Khatam Hafazan al-Quran Maahad Tahfiz Negeri Pahang 2016 di sini, malam Jumaat.

Tengku Abdullah bertitah demikian semasa diminta mengulas kenyataan Khairy Jamaluddin bahawa beliau sedang menunggu untuk menghadap baginda yang juga Tengku Mahkota Pahang pada minggu depan.

Pertemuan itu merupakan susulan isu persaraan empat pemain Johor Darul Takzim (JDT) daripada skuad kebangsaan dan dakwaan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendakwa mempunyai bukti salah laku di dalam badan induk berkenaan.

Khairy juga memberitahu beliau telah mengadakan pertemuan dengan Tunku Ismail pada minggu lalu dan akan memikirkan penyelesaian kepada permasalahan itu selepas berjumpa Tengku Abdullah.

Ditanya mengenai dakwaan Tunku Ismail bahawa beliau mempunyai pemacu simpanan mudah alih (pendrive) yang mengandungi pelbagai maklumat rasuah dalam FAM, Tengku Abdullah enggan mengulas lanjut.

"Itu kena tanya pada orang yang ada pendrive itu," titah baginda ringkas.

Minggu lalu, empat pemain bola sepak JDT iaitu Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Raszak, S.Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal mengumumkan hasrat berundur daripada menyarung jersi Harimau Malaya.

Tunku Ismail dalam kenyataannya mendakwa keputusan pemain itu berpunca daripada program dalam skuad kebangsaan dan sikap tidak bertanggungjawab FAM serta FAM dibelenggu rasuah. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FAM , Tengku Abdullah , TMJ , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan