Moyes Dilantik Pengganti Allardyce Di Sunderland

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 5:11 PM

(Ubah saiz teks)

SUNDERLAND telah melantik bekas pengendali Manchester United, David Moyes sebagai pengurus baharu kelab tersebut menggantikan Sam Allardyce.

Allardyce telah diumumkan sebagai pengurus England baharu pada Jumaat sekaligus meninggalkan posisinya di Stadium of Light.

Laman rasmi kelab telah mengumumkan Moyes,53, dilantik sebagai pengganti Allardyce dengan perjanjian kontrak selama empat tahun.




Moyes merupakan pilihan pertama Pengerusi kelab Ellis Short untuk menguruskan Black Cats.

"Saya telah dipilih oleh salah sebuah kelab British terbesar dengan penuh sokongan.

"Saya bersedia untuk kembali bertugas dalam saingan Liga Perdana Inggeris," jelas Moyes.

Pengurus dari Scotland itu tidak bekerja sejak dipecat kelab Sepanyol Real Sociedad pada November lalu.

Sunderland bakal berdepan dengan Rotherham pada Sabtu sebelum berangkat ke Perancis bagi perlawanan persahabatan bertemu FC Stade Nyonnais, Dijon FCO dan Montpellier.

Perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris yang bakal diuruskan Moyes ialah pada 13 Ogos ini bertemu Manchester City.


Rekod Moyes sebagai pengurus:

1998–2002 Preston North End

2002–2013 Everton

2013–2014 Manchester United

2014–2015 Real Sociedad

2016–Sunderland
Tags / Kata Kunci: David moyes , Sunderland

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan