TCH Rombak Kesebelasan Utama Kedah?

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

KETUA Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe membayangkan untuk melakukan rombakan dalam kesebelasan utama skuad Helang Merah ketika bertemu T Team dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman pada Sabtu malam.

Walaupun kesebelasan tersebut berjaya menewaskan T Team dalam saingan Piala Malaysia di Kuala Terengganu pada Rabu lalu, namun Cheng Hoe tidak memberi jaminan untuk mengekalkan pemain tersebut.

"Belum tentu saya akan kekalkan kesebelasan utama yang berjaya menewaskan T Team 2-0 dalam Piala Malaysia.

"Seperti yang selalu saya katakan bahawa tidak ada perlawanan yang mudah kecuali kesungguhan dan kemahuan untuk menang yang tinggi daripada kesemua pemain. Jangan terlalu yakin dan tidak juga bimbang dengan kemampuan lawan.

"Lawan kita itu pasti mahu bangkit daripada kekalahan lalu. Mereka juga mempunyai peluang dalam perlawanan sebelum ini namun ia berjaya disekat oleh kecemerlangan  Mohd Ifwat Akmal," katanya kepada mStar Online.

Berikutan itu Cheng Hoe berkata, tidak mungkin pertukaran akan dilakukan terhadap kesebelasan utama bagi memastikan mementum kemenangan dapat diteruskan.

Jelasnya, pemilihan akan dibuat ketika sesi latihan dan senarai kesebelasan utama bakal dimuktamadkan pada hari perlawanan.

Beliau memberitahu, tempoh yang ada sejak Khamis digunakan sebaiknya untuk melihat tahap kecergasan Thiago Augusto Fernandez sekiranya dia telah pulih daripada kecederaan pangkal paha.

"Saya akan hanya mengetahui tahap kecederaan Augusto setelah disahkan oleh pegawai perubatan pasukan ketika menjalani latihan terakhir dan hari perlawanan.

"Jika keadaannya baik barulah kita akan gunakan khidmat Augusto sebagai penyerang.

"Perlawanan ini penting kerana kita tidak boleh lagi tercicir mata setelah tewas dalam perlawanan terakhir liga di Larkin," tegas beliau.

Menurut Cheng Hoe, selain menurunkan kesebelasan terbaik, Kedah juga memerlukan sokongan padu daripada penyokong setia hijau kuning sebagai pemain ke-12 di atas padang.

Tags / Kata Kunci: Kedah , T Team , Liga Super

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan