JDT Atasi Sarawak, Lebarkan Jurang Mata

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 7:00 AM

Pemain Sarawak, Mohd Hairol Mokhtar (tengah) berebut bola dengan pemain JDT ketika dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri malam Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Tazim (JDT) terus memperkukuhkan cengkaman di persada liga apabila mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Sarawak, malam Jumaat.

Kemenangan itu membolehkan JDT melebarkan jurang kelebihan kepada lima mata selepas mengumpul 36 mata daripada 14 perlawanan, berbanding pencabar terdekatnya, Felda United yang akan menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabtu.

Dalam aksi tunggal Liga Super di Stadium Negeri di sini, JDT membuka jaringan menerusi pemain import dari Brazil, Marcos Antonio yang menanduk masuk bola hasil sepakan sudut Safiq Rahim pada minit ke-22.

Tuan rumah mendapat peluang baik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-36 apabila penyerang import dari Brazil, Gilmar Jose da Silva hanya berdepan satu lawan satu dengan Farizal Marlias sebelum penjaga gol JDT itu bertindak menjatuhkannya di luar kotak penalti.

Farizal diberikan kad kuning atas kesalahan itu.

Namun, tendangan percuma Shreen Tambi sedikit tersasar di atas palang gol skuad Harimau Selatan, sekali gus menghampakan penyokong tuan rumah.

Bersambung babak kedua, JDT menggandakan jaringan menerusi Mohd Azinee Taib pada minit ke-70.

Serangan bertali arus skuad Bujang Senang membuahkan hasil apabila Syahrul Azwari Ismail berjaya mengurangkan defisit tujuh minit kemudian dan kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat.

Empat lagi aksi Liga Super pada Sabtu adalah antara Pulau Pinang menentang Selangor, Kedah melawan T-Team, Kelantan bertemu Pahang dan Perak berdepan Terengganu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: JDT , Sarawak , Liga Super

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan