Allardyce Sah Pengurus Baharu England

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2016 7:18 AM

Sam Allardyce.

(Ubah saiz teks)

SAM Allardyce sah dilantik sebagai pengurus baharu skuad The Three Lions oleh Persatuan Bola Sepak England (FA).

Pelantikan pengurus berusia 61 tahun itu ditangguhkan berikutan rundingan pampasan oleh Sunderland pada Khamis.

Namun isu itu akhirnya berjaya diselesaikan.

"Pengurus berusia 61 tahun yang dihormati itu telah menandatangani kontrak selama dua tahun dan akan mengambil alih jawatan tersebut dengan serta-merta selepas berjaya mengekalkan Sunderland dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

"Aksi pertama Allardyce bersama England adalah perlawanan persahabatan di Stadium Wembley pada 1 September ini.

"Pilihan sebulat suara panel pemilihan tiga jawatankuasa FA yang terdiri daripada Ketua Eksekutif FA, Martin Glenn, Pengarah Teknikal Dan Ashworth dan Pemangku Pengerusi David Gill, Allardyce tiba dengan rekod pretasi terbaik bersama pasukan yang dikendalinya dan reputasi kuat sebagai pemikir idea progresif," demikian menurut kenyataan FA itu.

Allardyce mengambil alih jawatan Roy Hodgson selepas aksi hambar England pada Euro 2016 apabila pasukan itu tewas mengejut kepada Iceland pada kelompok 16 pasukan terakhir.

Beliau turut menyatakan rasa bangga kerana dilantik sebagai pengurus England memandangkan ia merupakan peranan yang sentiasa diimpikannya.

"Bagi saya ia tugas terbaik dalam bola sepak Inggeris. Saya akan melakukan apa sahaja untuk membantu dan membawa lebih banyak kejayaan kepada England," kata Allardyce.

Tags / Kata Kunci: Sam Allardyce , England

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan