Ibrahimovic Sarung Jersi No 9

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2016 7:50 AM

(Ubah saiz teks)

ZLATAN Ibrahimovic akan menyarung jersi No 9 di Manchester United manakala Anthony Martial yang sebelum ini memakai jersi dengan nombor itu akan menggunakan No 11.

Penyerang Sweden itu sering memakai jersi pelbagai nombor antaranya lapan, sembilan dan 10 sepanjang kariernya.

Namun ketiga-tiga nombor itu sudah digunakan di Old Trafford.

Martial bertukar ke No 11 manakala pemain yang menggunakan nombor itu sebelum ini, Adnan Januzaj kini menggunakan No 15.

Juan Mata kekal menggunakan jersi No 8 manakala Wayne Rooney, No 10.

Ibrahomovic memuatnaik gambarnya menggunakan jersi No 9 di laman Instagram miliknya dengan kapsyen 'Saya memilih nombor 9'.

Sementara itu, pemain baharu yang dibawa masuk pada musim panas ini, Eric Bailly dan Henrikh Mkhitaryan masing-masing menggunakan jersi No 3 dan No 22.

Jersi No 6 yang masih kosong dan ia dilaporkan disimpan untuk Paul Pogba yang turut menggunakan nombor sama semasa tiba di Juventus.

Harapan penyokong United untuk melihat Ibrahimovic beraksi dengan jersi No 9 semasa Jelajah ke China tidak kesampaian apabila Jose Mourinho memberikan cuti lanjutan kepadanya selepas tamat saingan Euro 2016.

"Keputusan saya terhadap Zlatan selepas mengambil kira kajian, analisis dan perbincangan dengan kakitangan saya. Segalanya berbeza di sini... badan, fikiran dan personaliti amat berbeza. Dia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri," katanya.

United akan menentang Borussia Dortmund, Manchester City dan Galatasaray di China.







Tags / Kata Kunci: Zlatan Ibrahimovic , Manchester United , No 9

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan