Pemain England Perlu Hormati Allardyce - Shearer

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2016 7:47 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS kapten England, Alan Shearer percaya Sam Allardyce bakal membawa banyak perubahan yang diperlukan oleh pasukan The Three Lions.

Allardyce,61, dijangka akan diumumkan secara rasmi dalam tempoh 24 jam sebagai pengganti Rog Hodgson sekaligus menjadi pengurus England yang ke-15.

Dilaporkan, Allardyce bersetuju dengan kontrak selama dua tahun bersama Persatuan Bola Sepak England (FA) yang bernilai 3 juta pound setahun termasuk pilihan sambungan kotrak selama dua tahun.

Manakala gaji yang bakal diterimanya sebanyak 500,000 pound, kurang daripada yang diterima oleh Hodgson sebelum ini.

Namun Allardyce yang juga bekas pengendali Bolton Wanderers, Blackburn Rovers dan West Ham bakal menerima insentif tinggi berdasarkan rekod kejayaan yang akan dicatatnya.

Sementara itu Shearer merasakan gaya kasar yang sesekali digunakan oleh pengurus Sunderland itu adalah jawapan apa yang diperlukan England.

Alan Shearer


"Satu perkara yang pasti berkenaan Sam Allardyce ialah dia tidak akan membaut apa-apa yang 'mengarut'," tulisnya dalam Sun.

"Pihak FA tidak akan melantik jurualtih 'yes, man'. Mereka perlu seseorang yang boleh membuat kerja dengan cara tersendiri sebagai bos England.

"Pemain-pemain England akan menghormati Sam kerana jika mereka tidak berbuat demikian, mereka akan terkeluar. Ia sangat mudah."

Pemilihan skuad England dan taktik yang digunakan Hodgson pada aksi Euro baru-baru ini dilihat bercelaru dan berakhir dalam saingan 16 pasukan terakhir.

Namun Shearer yakin situati itu tidak akan diulangi skuad di bawah pengurusan Allardyce.

"Saya ada berbertemu dengan pemain yang pernah dilatihnya dan satu perkara yang jelas ialah dia sangat teliti.

"Pemain-pemain kita di Perancis dilihat keliru dan tidak tahu apa yang mereka lakukan, tetapi sudah pasti ia tidak akan berlaku dalam skuad Sam.

"Dia akan lebih teliti dengan sistem apa yang akan digunakan.

"England tidak akan tewas kepada Iceland jika Sam yang uruskan pasukan."

"Lebih penting lagi Sam akan memilih pemain-pemain cergas dan berada dalam prestadi yang baik,"jelasnya.

"Memilih pemain 'serpihan' dan kekurangan pemain bintang merupakan kesilapan besar yang berulang kali, dan hanya Tuhan sahaja yang tahu berapa lama ia telah berlaku dalam skuad England".


Profil karier Sam Allardyce
:

1991-92: Limerick (pemain-pengurus)

1994-96: Blackpool

1997-99: Notts County

1999-2007: Bolton Wanderers

2007-08: Newcastle United

2008-2010: Blackburn Rovers

2011-15: West Ham United

2015-: Sunderland 


Tags / Kata Kunci: Sam Allardyce , England , Alan Shearer

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan