Tiada Persetujuan Dicapai Dengan United Mengenai Pogba - Ejen

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2016 7:10 AM

Paul Pogba.

(Ubah saiz teks)

EJEN Paul Pogba, Mino Raiola menafikan Manchester United bersetuju dengan sejumlah bidaan untuk mendapatkan bintang Juventus itu.

Laporan baru-baru ini menyebut pemain tengah Perancis itu dalam proses melengkapkan proses perpindahan ke Old Trafford yang dilaporkan bernilai 100 juta pound.

Namun ejen pemain itu menerusi Twitternya menafikan perkara tersebut.

Raiola jarang menggunakan platform media sosial dengan kenyataan berhubung Pogba merupakan tweet ke-25nya.

Sekiranya perpindahan itu menjadi kenyataan, Pogba akan memecah rekod perpindahan dunia dengan pendapatan mingguannya dianggar bernilai 220,000 pound seminggu sekali gus menjadikannya pemain menerima bayaran gaji termahal dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Malah dia juga bakal menjadi pemain menerima pendapatan tertinggi di dunia.

Pada masa sama, Ketua Pengarah Juventus Giueseppe Marotta turut menafikan spekulasi tersebut.

"Tidak ada berhubung dengan Manchester United mengenai Pogba. Situasi tidak berubah sama seperti ketika saya bercakap kepada anda pada Jumaat lalu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Paul Pogba , Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan