Shane Smeltz Wira Kedah

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 12:05 AM

Shane Smeltz

(Ubah saiz teks)

PEMAIN baharu Kedah Shane Smeltz memastikan tiga mata penuh menjadi milik skuad hijau kuning apabila menjaringkan dua gol untuk menewaskan T Team dalam aksi Piala Malaysia di Kuala Terengganu pada Rabu malam.

Selain Smeltz, penjaga gol simpanan, Mohd Ifwat Akmal turut dianggap wira Kedah ketika menewaskan T Team 2-0 apabila cemerlang memastikan gawangnya tidok dibolosi.

Dalam perlawanan tersebut, Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe melakukan empat pertukaran dalam kesebelasan utama dalam memastikan kemenagan berpihak kepada pasukan berkenaan.

Ternyata percaturan Cheng Hoe menjadi apabila Kedah memperolehi gol awal menerusi Smeltz yang bijak memperdaya pertahanan pasukan tuan rumah pada minit kelapan.

Tersentak dengan jaringan berkenaan, T Team cuba bangkit dengan melakukan beberapa serangan tetapi barisan pertahanan Kedah yang turun tanpa Bang Seung Hwan berjaya mengekang  asakan tuan rumah itu.

Bagaimanapun, Kedah yang dahagakan kemenangan kedua dalam Piala Malaysia turut tidak selesa, malah terus berusaha mendapatkan gol.

Hasilnya, pada minit ke-15,  Syazwan Zainon berjaya melakukan larian di sebelah kanan kawasan permainan T Team sebelum membuat hantaran silang kepada rakan sepasukan.

Smeltz  yang berada di depan gol mudah menjadikan kedudukan 2-0 menyebelahi pasukannya .

Bersambung babak kedua, T Team seakan mendapat semangat baharu apabila melakukan serangan bahaya ke kawasan gol Kedah, namun Mohd Ifwat bertindak cemerlang untuk memastikan gawangnya tidak dibolosi.

Dua pemain muda Kedah iaitu Syazwan Ashraf Mathew dan Mohd Syawan Nordin turut diberi peluang oleh Cheng Hoe untuk membuktikan kemampuan masing-masing.

Walaupun tidak membantu menambah jaringan itu, namun mereka berjaya memastikan lawan tidak memperolehi jaringan di laman sendiri.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan