Allardyce Dilantik Menjadi Pengurus England - Sky Sports

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 12:00 PM

Sam Allardyce akan dilantik menjadi pengurus pasukan England yang baharu.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pengurus Sunderland, Sam Allardyce akan dilantik menjadi pengurus baharu England dalam tempoh 24 jam akan datang, lapor media British pada Rabu.

England ketiadaan jurulatih selepas Roy Hodgson meletak jawatan susulan kekalahan ke atas Iceland dalam saingan 16 terakhir Euro 2016 lalu.

Allardyce, 61, yang menjadi pengurus di Sunderland sejak Oktober lalu berjaya mengelakkan pasukan itu daripada penyingkiran musim lalu.

Kelab itu pada Rabu, bagaimanapun menyatakan mereka kecewa terhadap keadaan itu.

"Sememangnya kami menyedari spekulasi media yang hangat mengenainya. Bagaimanapun, Sam Allardyce akan kekal sebagai pengurus Sunderland buat masa ini," kata kelab itu dalam kenyataan.

"Kami faham kemarahan dan kekecewaan yang dialami oleh penyokong dan kami akan buktikan kepada mereka bahawa kami sedang berusaha untuk mengakhiri perkara itu dengan cara terbaik demi kepentingan Sunderland AFC," katanya.

Allardyce menjadi jurulatih pilihan buat pasukan England selepas Sunderland pada minggu lalu mengesahkan mereka diberi kebenaran untuk bercakap kepada pengurus mereka mengenai jawatan pengurus England yang masih kosong.

Pengurus Hull City, Steve Bruce turut ditemuduga untuk jawatan berkenaan, sementara media British melaporkan FA telah bercakap kepada Ketua Jurulatih Jerman, Juergen Klinsmann dan jurulatih Inggeris Bournemouth, Eddie Howe.

England mencari pengurus baharu selepas mereka mengalami kekalahan yang memalukan dalam Kejohanan Eropah pada akhir bulan lepas. -Reuters

Tags / Kata Kunci: England , Euro 2016

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan