Piala Malaysia: Bos Gaurus Bangkit Kutip Mata Penuh

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 10:50 AM

Ketua Jurulatih Perak, Karl Heinz Weigang (kanan) mengucapkan tahniah kepada anak-anak buahnya selepas berjaya menewaskan Selangor PKNS FC, 4-1 pada saingan Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh, Selasa malam. -Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Pasukan Perak menampilkan kebangkitan dengan kemenangan besar 4-1 ke atas PKNS FC dalam aksi Kumpulan C saingan Piala Malaysia 2016 di Stadium Perak, Ipoh Selasa malam.

The Bos Gaurus yang sebelum ini tewas 1-2 kepada Polis Diraja Malaysia(PDRM) pada Rabu lepas, mempamerkan aksi bertenaga malam ini dan berada di hadapan menerusi sepakan penalti Elias Fernandes De Oliviera pada minit ke-47, sebelum Xhevahir Sukaj dan Fazrul Hazli menghukum kesilapan benteng pertahanan pasukan pelawat, masing-masing pada minit ke-50 dan 51.

Elias Fernandes terus meletakkan pasukan tuan rumah di kedudukan selesa apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-64, manakala PKNS FC meraih gol tunggal menerusi Gonzolo Manuel Soto pada minit ke-89.

Dalam satu lagi saingan Kumpulan C, Johor Darul Ta'zim (JDT) sekadar seri1-1 menentang PDRM, hasil gol sendiri pemain lawan, K. Reuben pada minit ke-70, sebelum Safuwan Baharudin menyamakan kedudukan untuk PDRM pada masa tambahan, di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Turut meraih kemenangan pertama ialah Negeri Sembilan yang menewaskan Melaka3-2 dalam saingan Kumpulan D di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Biarpun ketinggalan 0-1 hasil jaringan Yashir Armando Pinto pada minit ke-12, pemain import tuan rumah, Alexender Moreton Smith bertindak cemerlang apabila menyumbat masuk dua gol pada minit ke-26 dan 37.

Walaupun Negeri Sembilan beraksi dengan 10 pemain selepas Hariri Safii dilayangkan kad merah kerana mengasari Yashir Armado pada minit ke-32, semangat pasukan tuan rumah tidak luntur dan mereka memperoleh gol ketiga menerusi Henrique De' Silva pada minit ke-39.

Pada separuh masa kedua, Melaka merapatkan kedudukan apabila menjaringkangol kedua pada minit ke-52 melalui Ferris Danial. 

Di Stadium Selayang, pasukan Kuala Lumpur meraih kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan B selepas mengalahkan Pahang 2-0, menerusi jaringan awal hasil sepakan percuma pemain importnya, Leonardo Moriera pada minit kelapan.

Bersambung pada babak kedua, Kuala Lumpur terus mengasak pintu gol pasukan pelawat dan berhasil memperoleh gol kedua menerusi Jonathan E.C Zorrilla Viviana pada minit ke-52. 

Di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, pula menyaksikan Johor DarulTa'zim II terikat 0-0 ketika menerima kunjungan Sarawak dalam saingan Kumpulan A. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Perak , Pkns FC , Piala Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan