Zidane, Perez Bergaduh Isu Odegaard

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2016 10:39 AM

Martin Odegaard.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Real Madrid, Zinedine Zidane bergaduh dengan Presiden Florentino Perez berhubung pemain berusia 17 tahun Martin Odegaard.

Zidane tidak mahu membawa bersama pemain tengah muda itu menyertai siri jelajah pra musim Real Madrid yang akan bermula di Kanada.Namun Perez mahu Odegaard ikut serta dalam jelajah itu.

Akibatnya, kedua-duanya bertelagah buat pertama kalinya sejak Zidane mengambil alih jawatan pengurus Real Madrid Januari lalu.

Perez mahu Odegaard menyertai jelajah itu kerana penglibatan skuad utama ditulis di dalam kontraknya.

Malah kehadirannya di Amerika Utara itu akan membantu Madrid mencari kelab terbaharu untuk pemain tersebut pada musim panas ini.

Walaupun Zidane bersetuju Odegaard perlu keluar secara pinjaman musim ini, beliau menentangnya menyertai jelajah pra musim apabila tiada rancangan untuk menyerapkannya dalm skuad utama Madrid musim ini.

Hamburg menunjukkan minat terhadap pemain muda itu untuk beraksi pada saingan Bundesliga musim depan dan Liverpool turut masih menaruh harapan mendapatkan khidmatnya.

Namun, Real berminat untuk menghantarnya beraksi bersama kelab lain di Sepanyol.

Madrid menandatangani kontrak bersama Odegaard pada Januari 2015 dengan harapan dia boleh menyertai skuad utama dengan segera tetapi prestasi tidak menentu bersama Castilla B, pasukan yang sebelum ini dilatih Zidane membantutkan peluang tersebut.



iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan