Jordan Berguru Dengan Moyes

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2016 11:41 AM

(Ubah saiz teks)

DAVID Moyes berkongsi tip kejurulatihan dengan kakitangan sokongan pasukan kebangsaan Jordan.

Bekas Pengurus Manchester United itu berlepas ke negara Timur Tengah tersebut untuk membantu Persatuan Bola Sepak Jordan (FA Jordan) dengan mengadakan panel perundingan kejurulatihan.

"Kini terdapat pemahaman yang lebih besar mengenai bola sepak di rantau ini dan bola sepak di Jordan dan Asia semakin berkembang.

"Tetapi apa yang lebih penting adalah memiliki jurulatih yang baik dan pendidikan yang baik di Jordan. Ia juga penting untuk membentuk mentaliti pemain.

"Mereka perlu belajar bagaimana untuk menjadi pemain profesional. Anda memerlukan jurulatih yang baik dengan kepimpinan yang baik, begitu juga kemudahan untuk menyokong pembangunan bola sepak," kata Moyes.

Bekas pengurus Everton itu yang kini tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas dipecat Real Sociedad pada November turut menggalakkan Jordan supaya mencontohi Iceland yang bercita-cita besar apabila mara ke pusingan suku akhir Euro 2016.

"Lihat Iceland dan saiz negara itu dan juga populasinya. Bagaimana mereka lakukan pada Euro, mungkin Jordan boleh mempunyai model yang sama. Dan oleh itu anda perlu mempunyai perancangan dan visi untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.

"Amat penting juga untuk membangunkan bola sepak wanita dan jurulatih wanita," katanya.

Pengarah Tenikal FA Jordan, Stuart Gelling mengucapkan terima kasih kepada Moyes kerana berkongsi pengalamannya dengan barisan kejurulatihan skuad kebangsaan negara itu.

"Kami perlu mewujudkan identiti Jordan yang unik dan tersendiri serta bekerja keras membangunkan pemain dan juga jurulatih kami.

"Terima kasih kepada Moyes kerana meluangkan masanya, kami amat menghargai masanya untuk berkongsi pengalaman dengan jurulatih kami," kata Gelling.

Tags / Kata Kunci: David Moyes , FA Jordan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan