Jurulatih Terengganu Mike Mulvey 'Direhatkan'

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2016 11:59 AM

Pemain Kelantan Blazhe Ilioski (kanan) dijatuhkan oleh pemain Terengganu dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak Jumaat lalu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jurulatih Terengganu, Mike Mulvey mengalami nasib sama dengan pengendali terdahulu, Ahmad Yusof apabila 'direhatkan' susulan prestasi buruk skuad Penyu musim ini.  

Kekalahan 1-6 kepada Kelantan dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, dekat sini Jumaat lepas, nyata sukar diterima Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang memutuskan untuk merehatkan Mulvey. 

Jurulatih kelahiran Manchester, England yang berusia 53 tahun itu adalah penolong Ahmad Yusof, sebelum dinaikkan pangkat pada akhir Februari lepas.

Ketika itu, Mulvey dipilih menggantikan Ahmad Yusof, bekas pemain tengah kebangsaan, yang direhatkan selepas Terengganu tewas dua daripada tiga aksi Liga Malaysia termasuk kekalahan di pusingan kedua Piala FA.

Presiden PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid berkata keputusan itu dibuat selepas mesyuarat tergempar PBSNT bersama Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Rozi Mamat pada Ahad.

"Dengan ini PBSNT mengambil keputusan merehatkan jurulatih (Mulvey) hinggake satu tarikh yang ditetapkan.

"Beberapa nama sedang dipertimbangkan untuk menggantikan jurulatih itu bagi membimbing pasukan Terengganu selepas ini," katanya.

Wan Ahmad Nizam berkata jurulatih yang bakal menggantikan Mulvey berkemungkinan besar adalah jurulatih tempatan. Terengganu ketika ini menduduki tempat ketujuh Liga Super dengan mengutip 16 mata selepas 13 perlawanan, terikat bersama T-Team dan Kedah yang bagaimanapuan berada di atasnya berikutan perbezaan jaringan.

Dalam pada itu, atas dasar bertanggungjawab berikutan kejatuhan prestasi skuad Penyu musim ini, Wan Ahmad Nizam turut mengumumkan peletakan jawatannya daripada persatuan tersebut jika pasukan berkenaan gagal layak ke suku akhirPiala Malaysia.

Namun katanya, peletakan jawatan itu akan dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan iaitu menerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa PBSNT.

"Beri saya masa...jika saya gagal membawa skuad Terengganu hingga ke suku akhir (Piala Malaysia) secara automatik saya akan meletakkan jawatan," katanya.

Sementara itu, Rozi berkata kerajaan negeri pada dasarnya menerima hasrat Wan Ahmad Nizam itu dan menyifatkan ia sebagai satu langkah yang berani, profesional dan bertanggungjawab untuk melakukan perubahan drastik dalam persatuan tersebut.

"Memang kalau diikutkan prestasi semasa, kerajaan negeri amat tidak berpuas hati dengan skuad Terengganu pada musim ini. Apa yang boleh dilakukan adalah perlunya perubahan drastik dalam pengurusan PBSNT agar isu ini dapat diselesaikan segera," katanya. 

Rozi berkata beliau yakin dengan perubahan pengurusan yang dilakukan PBSNT kemerosotan prestasi skuad Terengganu dapat dipulihkan dengan segera. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Terengganu , Mike Mulvey

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan