FAM Sedia Jumpa TMJ Isu Pemacu Pena

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2016 10:29 PM

Hamidin Mohd Amin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia menghubungi Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim susulan dakwaan penyelewengan dalam persatuan itu.

"Saya akan cuba hubungi TMJ selepas ini," kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata demikian pada sidang media bulanan skuad kebangsaan di sini Isnin.

Pada masa sama, Hamidin berkata setiap individu berhak membuat laporan terhadap dakwaan berlakunya penyelewengan dalam persatuan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tunku Ismail melalui laman Facebook Johor Southern Tigers pada Isnin mendedahkan beliau memiliki satu pemacu pena yang menyimpan aktiviti dalaman FAM, termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Beliau mendakwa pemacu pena itu menyimpan aktiviti rasuah di FAM yang didakwanya berlarutan sehingga 30 tahun.

Katanya pemacu pena itu diperoleh menerusi sahabatnya yang berkedudukan tinggi di Kuala Lumpur. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FAM , Tunku Ismail , pemacu pena

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan