Lambat Bertindak Punca T-Team Tewas - Rachmad

Diterbitkan: Ahad, 17 Julai 2016 4:03 PM

Pemain T-Team, Patrick Dos Santos (kanan) berjaya melepasi kawalan pemain Matias Jesus Cordoba pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Sabtu malam. Foto: -Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tindak balas yang lambat khususnya daripada barisan pertahanan, jelas mengecewakan jurulatih T-Team, Rachmad Darmawan apabila terpaksa berputih mata di gelanggang sendiri Sabtu malam.

Katanya walaupun pemain telah cuba mampamerkan aksi seimbang, tindak balas yang lambat daripada benteng pasukan membolehkan Pulau Pinang mencuri tiga mata berharga di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini.

"Ini adalah cabaran bagi saya untuk memperbaiki aksi pemain dan saya akan berkomunikasi dengan mereka agar dapat mempertingkatkan persembahan selepas ini.

"Aksi seimbang yang kita pamerkan gagal mengatasi pasukan lawan ,"katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Dalam perlawanan itu, jaringan hatrik pemain import, Patrick Dos Santos Cruzgagal membantu tuan rumah apabila terpaksa akur dengan kekalahan 3-4 kepada pelawat.

Cruz menghasilkan gol pada pada minit ke-19 dan ke-63 sebelum melengkapkan hatriknya menerusi sepakan penalti minit ke-82.

Sebaliknya skuad Harimau Kumbang yang menghuni tangga terakhir Liga Super mencatat kemenangan kedua mereka dalam liga apabila Ranti Martins Soleye yang menyumbang gol pertama pada minit ke-35, mengesahkan kemenangan pasukan pelawat dengan jaringan keempat, lima minit sebelum permainan tamat.

Dua lagi gol Pulau Pinang diperoleh menerusi jaringan Jeong Seok Min pada minit ke-59 dan 66. Rachmad mengakui perlu memperkemaskan semua posisi pasukannya bagi perlawanan selepas ini bagi memastikan tidak terus kehilangan mata.-Bernama

Tags / Kata Kunci: T-Team , Rachmad Darmawan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan