Jurulatih Melaka United Kecewa Tindakan Tidak Profesional Harbuzi

Diterbitkan: Ahad, 17 Julai 2016 5:47 PM

Mat Zan Mat Aris

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Melaka United, Mat Zan Mat Aris kecewa dengan sikap tidak profesional pemain importnya dari Sweden, Labinot Harbuzi ketika menentang Kuala Lumpur dalam aksi Liga Perdana, Sabtu malam.

Katanya tindakan Harbuzi yang cuba menyerang pemain Kuala Lumpur, M. Sugunthan susulan tiada tindakan tegas dikenakan pengadil ke atas pemain berkenaan kerana mengasari Harbuzi, adalah tidak matang.

"Beliau gagal mengawal perasaan, jadi saya harap perkara sama tidak berulang pada perlawanan seterusnya," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini.

Melaka United menang 2-1 hasil dua jaringan ketua pasukan, Ilija Spasojevic pada minit ke-43 dan minit ke-56 sebelum Leonardo Moriera mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-79.

Mengulas mengenai kemenangan itu, Mat Zan menegaskan ia penting bagi mengukuhkan kedudukan pasukan berkenaan untuk memburu slot ke saingan Liga Super musim depan.

Pada masa sama beliau mengakui saingan daripada pencabar terdekat, Johor Darul Ta'zim II (JDT) tidak boleh dipandang rendah kerana hanya dibezakan dengan dua mata.

Melaka United mengumpulkan 30 mata manakala JDT II meraih 28 mata selepas 13 perlawanan setakat ini.

"Walaupun banyak peluang menjaringkan gol gagal disempurnakan pemain, apa yang penting bagi saya adalah kutipan tiga mata," jelas Mat Zan.

Dalam pada itu, pengendali Kuala Lumpur, Ismail Zakaria tidak bimbang dengan kekalahan tersebut kerana yakin pemainnya akan bangkit pada perlawanan seterusnya.

"Perjalanan liga masih jauh...ini adalah permulaan pusingan kedua Liga Perdana, jadi saya tidak berapa panik lebih-lebih lagi pasukan ini banyak dibarisi pemain muda.

"Saya baru mengambil alih pasukan ini awal tahun ini dan kita juga perlu memberikan peluang kepada pemain import untuk menyesuaikan diri dengan pemain tempatan kerana ianya mengambil masa," kata Ismail. 

Tags / Kata Kunci: Melaka United

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan