Peringatan TCH Buat Pemain Kedah

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2016 9:40 AM

(Ubah saiz teks)

PENGENDALI Kedah, Tan Cheng Hoe mengingatkan pemain pasukan itu supaya tidak selesa dengan kemenangan lalu sebaliknya berusaha meningkatkan mutu permainan ketika menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Larkin pada Sabtu malam.

Ini kerana, menurutnya, meskipun menang ke atas Sarawak 4-3 dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman Rabu lalu, prestasi pemain Kedah belum cukup baik untuk menentang lawan seperti JDT.

Cheng Hoe berkata, pemain perlu melupakan saingan Piala Malaysia dan memberi sepenuh perhatian bagi aksi Liga Super kerana mereka akan bertemu pendahulu liga.

Jelasnya, prestasi kesebelasan utama khususnya di bahagian pertahanan perlukan ditingkatkan lagi selepas berlaku beberapa kesilapan dan kelemahan sebelum ini.

"Pemain tidak ada pilihan lain kecuali meningkatkan prestasi ke tahap terbaik untuk berdepan JDT di gelanggang mereka sendiri.

"Jika gagal, kita berisiko pulang dengan kecewa dan ia akan turut menghampakan pihak pengurusan dan penyokong.

"Pasukan tuan rumah pasti akan menghukum kita jika pemain terus mengamalkan rentak permainan sama seperti sebelum ini," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe selain itu turut menggesa Thiago Augusto Fernandes untuk mempamerkan aksi sebenarnya yang menjadi 'kilang gol' ketika mewakili Felda United pada musim lalu.

"Walaupun Augusto berjaya menjaringkan gol pada penampilan pertama tetapi dia perlu meningkatkan lagi keupayaan dengan menghasilkan lebih banyak jaringan khususnya dalam perlawanan ini.

"Saya yakin kombinasi Augusto dan Shane Smeltz mampu merobek pertahanan lawan dan menghasilkan gol untuk kita.

"Apa yang penting kesebelasan yang diturunkan nanti mampu beraksi sebagai sebuah pasukan dan bekerjasama dalam menghasilkan gol kemenangan," tegasnya.

Cheng Hoe menambah, telah tiba masa untuk pemain Kedah merekodkan sebanyak mungkin kemenangan bagi meletakkan pasukan itu ke tahap lebih baik di carta liga.

Katanya, pada pusingan pertama liga, Kedah banyak mencatatkan keputusan seri, selain tewas.

"Oleh itu, kali ini kita mahu lebih banyak kemenangan. Saya harap pemain akan berusaha untuk merealisasikan hala tuju pasukan," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Kedah , JDT , Liga Super

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan