Liga Perdana: Melaka United Ambil Alih Kedudukan Teratas

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2016 8:05 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Melaka United memintas kedudukanJohor Darul Ta'zim II (JDT II) di puncak Liga Perdana setelah menang selesa 2-0 ke atas Kuala Lumpur pada perlawanan tunggal liga di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dekat sini, Sabtu malam. 

Kemenangan kesembilan daripada 13 perlawanan membolehkan Melaka United mengumpul 30 mata, berkelebihan dua mata berbanding JDT II. 

Pada aksi di Selayang, kedua-dua pasukan saling mengasak bagi memburu jaringan awal sebaik sahaja perlawanan dimulakan pengadil, Tiong Eng Tai namun keadaan padang yang becak akibat hujan sebelum perlawanan, nyata membataskan pergerakan jentera serangan kedua-dua pasukan. 

Melaka United berjaya mendahului perlawanan pada minit ke-43 menerusi kapten pasukan, Ilija Spasojevic yang memanfaatkan hantaran rakan. 

Selang dua minit kemudian, Melaka United berpeluang menggandakan jaringan namun percubaan Yashir Pinto Islame tinggi melewati pintu gol Kuala Lumpur.

Keputusan 1-0 itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama perlawanan. Sebaik sahaja perlawanan bersambung, Melaka United meneruskan asakan ke kubu Kuala Lumpur dan usaha mereka membuahkan hasil apabila Spasojevic berjaya menggandakan jaringan setelah menampan masuk sepakan percuma daripada Labinot Harbuzi pada minit ke-56. 

Pasukan tuan rumah berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi gol Leonardo Moriera pada minit ke-79.  Keputusan 2-1 itu kekal sehingga perlawanan tamat.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: Liga Perdana , Melaka United

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan