Kurang Latihan 'High Intensity' Antara Faktor Persaraan Empat Pemain - KJ

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2016 11:05 PM

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

REMBAU: Kurang latihan 'high intensity' sewaktu mereka melaporkan diri untuk pasukan kebangsaan yang boleh menyebabkan berlaku kecederaan apabila mereka pulang ke pasukan masing-masing, antara faktor persaraan empat pemain skuad kebangsaan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, selain itu antara faktor lain yang membuatkan empat pemain berkenaan bersara juga disebabkan hasrat untuk memberi peluang kepada pemain muda menyarungkan jersi pasukan kebangsaan. 

"Saya telah berhubung dengan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Tengku Mahkota Johor (TMJ) dalam perbualan panjang lebar dan beliau telah maklumkan kepada saya mengenai beberapa kebimbangan yang telah disampaikan kepadanya daripada pemain, berkenaan latihan yang dikendalikan semasa mereka lapor diri untuk skuad kebangsaan.

"Selain itu tindakan mereka (bersara) itu juga mungkin juga disebabkan mahu memberi peluang kepada pemain muda...macam Safiq Rahim sudah lama mewakili pasukan kebangsaan mungkin dia rasa ini masa untuk undur diri selain kebimbangan terhadap kecederaan dan ini juga keputusan sukarela beberapa pemain senior, saya rasa tidak perlu panjangkan isu ini dan buat pelbagai andaian," katanya.

Khairy bercakap kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Gadong dekat sini Sabtu yang dihadiri kira-kira 15,000 tetamu. 

Pada Selasa dan Khamis lepas, Safiq Rahim yang juga kapten skuad kebangsaan dan pemain pertahanan Aidil Zafuan Abdul Radzak diikuti S. Kunanlan dan Mohd Amirulhadi Zainal masing-masing mengumumkan keputusan untuk bersara daripada mewakili skuad kebangsaan. 

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Khairy berkata, sekiranya isu yang dibangkitkan TMJ tidak ditangani maka ia boleh menghakis keyakinan pemain lain terhadap pasukan kebangsaan.

"Dengan maklumat ini saya akan berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan minta penjelasan daripada pihak berkenaan supaya kita dapat gambaran jelas dan kalau betul maka kita boleh buat penambahbaikan kepada latihan yang djalankan untuk pasukan kebangsaan," katanya. 

Melalui perbualan yang berlangsung kira-kira 20 minit itu juga, TMJ memaklumkan kepada Khairy bahawa pihaknya tidak mempunyai halangan atau arahan melarang para pemain daripada bermain mewakili skuad kebangsaan sebaliknya ia merupakan keputusan sukarela daripada pemain dan ia perlu dihormati.

"Malahan beliau maklumkan kepada saya bahawa beliau harap jurulatih kebangsaan Datuk Ong Kim Swee akan tetap pilih pemain muda seperti Brendan Gan untuk wakili pasukan kebangsaan.

Katanya, Kim Swee sepatutnya melihat ini sebagai sesuatu yang positif dengan mencari pemain muda yang boleh diserapkan dalam pasukan kebangsaan.

Sementera itu, TMJ turut menyatakan kebimbangan agihan duit penajaan dengan formula yang ditetapkan ketika ini bahawa ia tidak memihak kepada negeri dan kelab berikutan sebahagian besar duit penajaan yang dikumpul diberikan kepada FAM.

"Apa yang dikehendaki TMJ adalah pengagihan yang lebih adil kepada kelab dan negeri... perkara ini juga akan saya bangkitkan dan saya sedang menunggu tarikh untuk berjumpa Presiden FAM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, saya mahu cuba menjadi orang tengah supaya kemelut ini dapat kita selesaikan dengan cepat dan harap semua pihak menyumbangkan kepada FAM dan bola sepak kebangsaan.

"Saya percaya dan yakin semua ada peranan yang boleh dimainkan seperti Tengku Mahkota Pahang dengan kedudukan dalam FIFA manakala TMJ dengan kebangkitan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).

"Saya harap dalam tempoh masa terdekat dalam dua tiga minggu ini saya boleh mainkan peranan saya sebagai Menteri Belia dan Sukan untuk melihat bagaimana kita dapat sumbangan daripada semua pihak untuk bangunkan semula pasukan bola sepak negara," katanya. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan