Kelantan Kenduri Gol Di Terengganu

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2016 12:06 AM

Pemain Terengganu Issey Nakajima (tengah) cuba melepasi kawalan dua pemain Kelantan Jonathan David McKain (kanan) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Terengganu gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila dibelasah 1-6 oleh Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Jumaat malam.

Seawal minit ketiga, skuad Penyu dihukum menerusi jaringan Blazhe Ilioskiyang bijak menyudahkan sepakan penalti selepas pemain pertahanan Terengganu, Vincent Bikana mengasari pemain lawan.

Insiden itu menyebabkan pengadil perlawanan, Mohd Zohri Tajuddin melayangkankad merah kepada Vincent Bikana, sekali gus menyaksikan skuad bimbangan Mike Mulvey terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Namun, situasi itu tidak mematahkan semangat pasukan tuan rumah dan empat minit berselang, penyerang Terengganu Issey Farran Nakajima berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma.

Asakan bertali arus dilancarkan anak buah Velizar Emilov Popov sekali lagi membuahkan hasil selepas Wander Luiz Junior bijak menggunakan peluang untuk menjarakkan kedudukan pada minit ke-45.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan bagi menambah jaringan, namun berjaya dipatahkan barisan pertahanan masing-masing.

Enggan berputih mata, Issey Nakajima cuba mengatur gerakan dan melancarkan serangan ke gawang lawan, namun percubaannya tersasar.

Pada minit ke-59, gawang tuan rumah terus dibolosi menerusi jaringan Wan Zack Haikal, untuk menewaskan penjaga gol Terengganu Mohd Sharbinee Allawee.

Kealpaan skuad Penyu menyaksikan pintu gol mereka sekali lagi dirobek pada minit ke-63 menerusi Blazhe Ilioski yang bijak menyempurnakan hantaran Abdul Manaf Mamat.

Blazhe Ilioski terus menghukum kesilapan pasukan tuan rumah dengan menambah jaringan peribadinya pada minit ke-75 dan 85. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Liga Super

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan