JDT II Pendahulu Baharu Liga Perdana

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2016 8:27 AM

Pemain KL Sime Darby FC Mohammad Rafiq Syah cuba melepasi kawalan bola dari pemain Kuantan FA Norfahmie Hadzrin Nordin (kanan) pada saingan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Jumaat. Kuantan FA menewaskan Sime Darby FC dengan 4-3. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim II (JDT) merampas kedudukan takhta liga, sekurang-kurangnya untuk tempoh 24 jam, apabila menang 2-1 ke atas Sabah, di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, malam Jumaat.

Kemenangan itu membolehkan JDT II mengutip 28 mata selepas 13 perlawanan, satu mata mengatasi pendahulu sebelum ini, Melaka United yang akan berdepan Kuala Lumpur, malam ini.

Pemain import Paulo Rangel muncul wira skuad kendalian Benjamin Mora apabila menghadiahkan dua gol JDT II pada minit ke-42 dan 82.

Sabah yang bermain dengan 10 pemain apabila Rawilson Batuil dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua kerana mengasari Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, bagaimanapun berjaya membolosi gawang tuan rumah pada minit ke-90 menerusi Igor Cerina.

Di SHAH ALAM, PKNS menang selesa 3-0 ke atas UiTM FC dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

Juan Manuel Cobelli membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-17 diikuti gol Gonzalo Manuel Soto empat minit sebelum separuh masa pertama tamat.

Khairu Azrin Khazali menyumbang gol ketiga skuad bimbingan E. Elavarasan pada minit ke-65.

Di SELAYANG, tuan rumah Sime Darby gagal memanfaatkan gelanggang sendiri apabila tewas tipis kepada Kuantan FA 3-4 dalam perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pelawat mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Dao Dakary pada minit ke-8 diikuti Srdjan Vidakovic pada minit ke-45.

Bagaimanapun, Mateo Roskam yang cuba merapatkan jurang menerusi jaringan pada minit ke-49 dan 62, gagal menyekat kemaraan skuad The Seagulls yang memperolehi gol ketiga dan keempat menerusi Dakary pada minit ke-49 dan Adam Abdul Malik pada minit ke-74.

Sembilan minit sebelum wisel penamat, pasukan tuan rumah yang tidak berputus asa berjaya memperoleh gol ketiga menerusi jaringan Syed Sobri Syed Mohamad.

Di TEMERLOH, ATM mencatat kemenangan pertama selepas menundukkan DRB-Hicom 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.
Aifaa Mat Baliya meletakkan ATM di hadapan pada minit ke-47 sebelum pelawat menyamakan kedudukan pada minit ke-63 menerusi Nazri Kamal.

Pemain import Fomenkov Boris mengesahkan kemenangan sulung ATM apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-86.

Di KANGAR, Negeri Sembilan menggegar jaring Perlis pada minit ke-36 menerusi Goran Jerkovic sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Negeri Sembilan Taylor Francis Regan.

Charles Souza Chad menyempurnakan tendangan itu pada minit ke-55 sebelum mengesahkan tiga mata untuk Perlis di Stadium Tuanku Syed Putra, apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90.
Tags / Kata Kunci: JDT II , Liga Perdana

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan