JDT Belasah Kedah 5-0

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2016 11:30 PM

Pemain JDT, Juan Martin Lucero mengasak pemain Kedah, Azmeer Yusof pada perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin pada Sabtu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) membelasah Kedah 5-0 bagi mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Super di Larkin pada Sabtu malam.

Jaringan pertama pasukan tuan rumah hadir menerusi ketua pasukannya, Safiq Rahim selepas pertahanan Kedah gagal mengawal bola dengan baik pada minit ke-27.

Tersentak dengan jaringan itu, Kedah kembali mengatur serangan menerusi penyerang barunya, Thiago Augusto Fernandes sekali gus mengimbangi semula permainan.

Hasilnya pada minit ke-31, skuad Helang Merah hampir mendapat gol penyamaan Shane Smeltz, namun tendangannya berjaya ditangkap kemas oleh FariAl Marlias.

Pada minit ke-40 Kedah sekali lagi dihukum apabila kesilapan Amar Rohidan berjaya dimanfaatkan oleh Pereyra Diaz untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Bermula babak kedua, Kedah kembali merencanakan serangan bagi memastikan mereka tidak tewas kepada JDT, namun kelemahan pertahanan seakan menyekat kehendak anak didik Tan Cheng Hoe.

Pada minit ke-65, Safiq sekali lagi menjadi hero JDT apabila menghasilkan gol ketiga yang memberikan kedudukan selesa kepada pasukan berkenaan.

Seakan belum cukup dengan kelebihan yang ada, kali ini giliran Diaz pula menjadikan kedudukan 4-0 apabila pemain kelahiran Argentina itu berjaya menanduk masuk sepakan sudut oleh Safiq.

Ketika permainan semakin hampir untuk ditamatkan, Kedah dimalukan dengan gol kelima, juga daripada Diaz pada minit ke-86.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan