Bournemouth Sambar Jordon Ibe - Bola Sepak | mStar

Bournemouth Sambar Jordon Ibe

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2016 11:45 AM

(Ubah saiz teks)

BOURNEMOUTH berjaya melengkapkan perpindahan pemain sayap Liverpool, Jordon Ibe dengan kontrak selama empat tahun.

Pemain berusia 20 tahun itu sah menjadi milik Bournemouth dengan yuran pemindahan bernilai £15 juta.

Ibe menyarung jersi Liverpool pada 2011 dari Wycombe Wanderers, namun gagal meletakkan dirinya sebagai pilihan utama Jurgen Klopp sejak musim lalu.

Ketua Eksekutif Bournemouth, Neill Blake berkata, pihaknya teruja dapat membawa Jordon ke kelab tersebut.

"Dia banyak membantu Liverpool pada musim lalu dan kami tidak sabar untuk melihat dia bermain bersama kelab ini.

"Kami telah mendapatkan lima pemain pada musim ini dan semuanya mempunyai potensi yang baik untuk masa depan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Liverpool
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan