Umtiti Ikat Kontrak Lima Tahun Bersama Barcelona - Bola Sepak | mStar

Umtiti Ikat Kontrak Lima Tahun Bersama Barcelona

Diterbitkan: Rabu, 13 Julai 2016 12:02 AM

(Ubah saiz teks)

SAMUEL Umtiti akhirnya bertukar haluan dari  Lyon ke Barcelona dengan kontrak lima tahun bersama kelab juara Liga Sepanyol itu.

Barcelona mengikat pemain pertahanan Perancis berusia 22 tahun itu dengan nilai perpindahan 21 juta pound.

Umtiti sebelum ini berada bersama pasukan Perancis dalam aksi Euro 2016 yang turut bermain ketika aksi menang ke atas Jerman dalam saingan separuh akhir serta final tewas kepada Portugal.

Dia mencatat kap pertama antarabangsa ketika Perancis mencatat kemenangan 5-2 ke atas Iceland dalam aksi suku akhir.




Selain itu, Barca turut menyediakan klausa pelepasan bernilai 50 juta pound sekiranya ada kelab lain yang menaruh minat kepada pemain Perancis ini sekaligus menjadikan Umtiti antara pemain berharga.

Tags / Kata Kunci: samuel umtiti , barcelona
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan