Pemain Import Baru Bantu Kedah Catat Kemenangan

Diterbitkan: Rabu, 13 Julai 2016 11:38 PM

Pemain Kedah, Liridon Krasniqi (kiri) dan rakan sepasukan, Thiago Agusto meraikan jaringan gol ketika menentang Sarawak pada perlawanan Piala Malaysia 2016 di Stadium Darul Aman pada Rabu malam. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

THIAGO Augusto Fernandes berjaya menceriakan hampir 30,000 penyokong Kedah selepas berjaya membantu pasukan itu menewaskan Sarawak 4-3 dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman pada Rabu malam.

Lebih manis Augusto menginspirasikan kemenangan tersebut dalam perlawanan sebagai penyerang Kedah.

Gol pertama Kedah dihasilkan oleh Liridon Krasniqi menerusi sepakan penalti pada minit ke-15 selepas Augusto dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Sebelum berjaya menghasilkan tiga mata penuh itu, kem Kedah terlebih dahulu tertekan dengan kelebihan lawan yang mendapat jaringan pertama menerusi Makece Mdumba pada minit ke-25.

Tidak lama kemudian Sarawak berjaya menggandakan kedudukan hasil jaringan Nur Shamie Izuan Amin yang berjaya menewaskan Farhan Abu Bakar dari sebelah kiri pintu gol tuan rumah.

Kelebihan gol tersebut turut membuat Sarawak menguasai permainan, namun pertahanan tuan rumah, Bang Seung Hwan bijak mengawal kubu Kedah.

Pada minit ke-45, Augusto sekali lagi dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Muhammad Mokhtar dan pengadil perlawanan, Azmi Khlid terpaksa melayangkan kad merah apabila pemain Sarawak itu mempertikai kelutusan berkenaan secara berterusan.

Krasniqi bijak menewaskan penjaga gol Sarawak Shahril Saari kali kedua bagi Kedah menyamakan kedudukan 2-2.

Tiga minit babak kedua bermula Kedah semakin tertekan apabila Mdumba menjaringkan gol ketiga Sarawak dan menjadikan kedudukan 3-2.

Tertekan dengan kedudukan tersebut Kedah kembali mengatur serangan dan hasilnya Baddrol Baktiar menyamakan kedudukan pada ke-57.

Jaringan tersebut berjaya menaikkan semangat pasukan dan kemasukkan Shane Edward Smeltz membantu Kedah perolehi gol keempat menerusi tandukan Augusto pada minit ke-66.

Kedudukan 4-3 itu kekal sehingga tamat permainan dan menceriakan penyokong hijau kuning yang menantikan kemenangan dan jaringan oleh penyerang berkualiti.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan