Mourinho Akan Bawa Fabregas Ke Man United

Diterbitkan: Rabu, 13 Julai 2016 9:58 AM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho sedia menjadikan Cesc Fabregas sebagai pemain tengah baharu Manchester United sebelum Liga Perdana Inggeris musim ini bermula.

Bagaimanapun jurulatih kelahiran Portugal itu sedang menunggu keputusan pengendali baru Chelsea sama ada akan mengekalkan Fabregas atau tidak.

Conte ketika ini dikatakan sedang berusaha membawa masuk pemain Roma, Radja Nainggolan, Jao Mario (Sporting Lisbon) dan Andre Gomes (Valencia) sebagai pemain tengah.

Kehadiran pemain-pemain berkenaan yang diyakini dapat membentuk barisan pemain tengah lebih baik dan ianya akan membuatkan Fabregas tidak diperlukan lagi.

Fabregas yang menyertai Chelsea dari Barcelona dengan yuran perpindahan sebanyak £27 juta tidak menjadi pilihan untuk kekal kerana kurang kreatif serta gagal membantu kelab tersebut pada musim lalu.

Pemain Sepanyol itu juga dilapor mempunyai hubungan rapat dengan Mourinho.

Jika Fabregas berhijrah ke United bermakna dia telah mewakili tiga daripada kelab gergasi di Liga Perdana Inggeris selepas Chelsea dan Arsenal.


Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan