Schweinsteiger-Ana Ivanovic Lafaz Ikrar Perkahwinan

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2016 10:10 PM

(Ubah saiz teks)

KAPTEN pasukan bola sepak Jerman, Bastian Schweinsteiger mengakhiri zaman bujangnya dengan mengahwini bintang tenis Serbia, Ana Ivanovic pada Selasa.

Pasangan merpati dua sejoli itu kelihatan gembira meninggalkan Venice Cty Hall sebaik selepas majlis perkahwinan berlangsung.

Ana yang kelihatan jelita dengan blaus serba putih berjalan beriringan dengan Schweinsteiger yang segak sambil berpimpinan tangan.




Schweinsteiger melafazkan ikrar perkahwinan dalam suasana yang indah dan tenang di hadapan kaum keluarga, kawan-kawan dan beberapa bintang sukan lain yang turut hadir.

Ana merupakan antara bintang tenis terkenal dunia dengan melakar kejayaan Grand Slam pertama pada Terbuka Perancis pada tahun 2008.

Bekas pemain No.1 dunia ini   (Jun 2008) merupakan anak didik Nigel Sears dan kini menduduki ranking ke-25 dunia.

Manakala Schweinsteiger,31, antara pemain penting skuad Jerman dan kini beraksi bersama Manchester United sejak 2015 di bahagian tengah.

Tags / Kata Kunci: Bastin Schweinsteiger , Ana Ivanovic

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan