Payet Bernilai 100 Juta Pound - Sullivan

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2016 11:33 AM

Dimitri Payet.

(Ubah saiz teks)

WEST Ham menegaskan bintang sensasi Euro 2016, Dimitri Payet tidak akan meninggalkan kelab itu pada musim panas ini.

Pemilik bersama West Ham, David Sullivan bersedia menghadapi tempoh enam minggu yang penuh mencabar ketika pintu perpindahan pemain dibuka semula dan percaya pemain berusia 29 tahun itu bernilai 100 juta pound.

Sullivan, 67, menegaskan hanya bidaan dengan rekod perpindahan tertinggi akan membuatkan pasukan itu melepaskan Payet yang mempunyai klausa pelepasan dalam kontraknya.

Payet merupakan pemain menerima gaji paling tertinggi dalam sejarah West Ham iaitu 120,000 pound seminggu.

Namun Sullivan bersedia untuk menawarkan kontrak baharu kepada Payet sekiranya dia terus beraksi cemerlang bersama West Ham.

Difahamkan beliau akan menerima bayaran gaji sebanyak 150,000 seminggu tetapi kelab lain cuba mendapatkan khidmatnya pada musim panas ini dengan menawarkan kontrak lebih lumayan.

West Ham bagaimanapun enggan melepaskan Payet.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menjual Payet, Sullivan berkata: "Tidak kerana dia masih ada kontrak."



Tags / Kata Kunci: West Ham , Dimitri Payet

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan