Guardiola Tinggalkan Nota Buat Ancelotti Di Bayern

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2016 9:54 AM

(Ubah saiz teks)

CARLO Ancelotti menerima ucapan selamat datang istimewa daripada bekas jurulatih Bayern Munich, Pep Guardiola ketika tiba untuk sesi latihan pertama bersama skuad gergasi Jerman berkenaan pada Isnin.

Guardiola yang meninggalkan Bayern selepas kontraknya selama tiga tahun tamat sempat mengucapkan selamat berjaya kepada Ancelotti.

Nota itu ditinggalkan kepada Ancelotti dalam bahasa Sepanyol yang menyukarkan pegawai di Bayern untuk mengetahui maksudnya.

Berikutan itu, Ancelotti turut berterima kasih kepada Guardiola kerana meninggalkan nota perangsang semangat jurulatih berusia 57 tahun tersebut.

"Kami mempunyai perhubungan dan dia telah melakukan tugasan dengan cemerlang ketika di Bayern.

"Saya harap dapat mengekalkan kejayaan yang ditinggalkan walaupun ia bukan mudah untuk dilaksanakan," jelasnya.



Tags / Kata Kunci: Bayern Munich

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan