Farisham Sertai Harimau Kumbang Selepas Kemasukan Dua Import Baharu

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2016 3:57 PM

Mohd Farisham Ismail.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Selepas kemasukan dua pemain import, Seok Min-Jeong dan Ranti Martins, Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) akan mengikat pemain Kelantan, Mohd Farisham Ismail.

Sumber dalaman FAP mengesahkan perkara itu dan berkata Farisham sepatutnya hadir ke majlis tanda tangan kontrak Martins dan Min-Jeong di sini Selasa namun menghadapi sedikit masalah.

Farisham berkemungkinan besar akan menyertai kesebelasan utama pasukan Harimau Kumbang itu dalam perlawanan Liga Super menentang T-Team, Sabtu ini, kata sumber tertinggi FAP itu.

Sementara itu, Pengarah Urusan FAP, Bojan Hodak berkata dengan kehadiran ketiga-tiga pemain ini, tiada lagi pertukaran pemain akan dilakukan selepas ini.

"Saya harap, dengan kehadiran mereka yang merupakan pemain yang sangat berpengalaman, kedudukan Pulau Pinang akan dapat dinaikkan dari tangga tercorot liga dan pemain-pemain muda dapat menimba pengalaman daripada mereka," katanya pada sidang akhbar di pejabat Aspen, di sini Selasa.

Farisham, 31, merupakan pemain pertahanan yang beraksi bersama Kelantan FA sejak 2009 dan telah membantu Kelantan memenangi Piala Malaysia pada 2010 dan 2012, Piala FA pada 2012 dan 2013 serta Liga Super pada 2012.

Dalam misi untuk mengelakkan pasukan tersingkir daripada Liga Super, Ketua Jurulatih pasukan Harimau Kumbang Nenad Bacina berkata perlawanan pasukan itu bersama T-Team, Sabtu ini merupakan cabaran getir buat semua.

"T-Team merupakan pasukan yang kuat dan jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, mereka adalah pasukan pilihan...akan tetapi, kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menang walaupun bermain di tempat lawan," katanya.

Bacina berkata beliau berharap pemain akan dapat mempamerkan corak permainan yang mantap dan membuktikan mereka adalah pemain yang baik.

"Kita tidak ada menetapkan jumlah gol yang mesti dilakukan terutama buat pemain baharu, tetapi kemenangan itu penting dan kami perlu menang sebagai sebuah pasukan," katanya.

Sementara itu, Martins yang merupakan sandaran baharu pasukan Pulau Pinang  berkata beliau sangat teruja untuk bermain di bawah kelolaan Hodak dan Bacina.

"Sebelum ini saya pernah bermain menentang pasukan dari Malaysia semasa beraksi dalam Liga India dan sedikit-sebanyak saya tahu corak permainan mereka," katanya pada sidang akhbar yang sama.

Min-Jeong pula yang merupakan bekas pemain divisyen satu Korea Selatan berkata beliau berharap dapat mempamerkan prestasi yang baik di sini walaupun ini adalah kali pertama beliau bermain di luar Korea.

"Walaupun cuaca di sini agak berbeza dari Korea, saya yakin saya mampu bermain dengan baik dan membantu pasukan untuk memenangi perlawanan yang akan datang," katanya yang merupakan pemain kedua dari Korea menandatangani kontrak dengan FAP selepas Lee Kwang-Hyun pada 2014.

Martins, Min-Jeong dan Farisham akan bersama Pulau Pinang sehingga tamat kempen Liga Super iaitu selama enam bulan dan sekiranya prestasi mereka baik, kontrak akan disambung. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Mohd Farisham Ismail , Pulau Pinang

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan